Saturday 12 September 2015

PENGENALAN



MAHASISWA PMM DEP1A SESI JUN 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Ini adalah sebuah blog baru yang bakal diedit oleh 6 pelajar mahasiswa Politeknik Merlimau Melaka bagi tugasan E-folio kami.Tujuan blog ini dibina adalah bagi memaparkan kisah dan sedikit info tentang kedatangan Portugis ke Melaka.Kalau tak kenal maka tak cinta,izinkan kami memperkenalkan diri kami,kita bermula dari yang berdiri disebelah kiri sekali nama diberi adalah Muhammad Aiman Akmal Bin Mohd Shaifullizan diikuti oleh Muhammad Aizat Zaim Bin Zaini serta disusuli dengan Muhammad Ridhwan Bin Razalee dan yang penghujung belah kanan ialah Emmanuel Joshua Ferandey.Bagi yang duduk dibahagian belah kiri pula ialah Muhammad Amirull Asyraff Bin Baharin dan sebelahnya adalah Mohd Muhaimin Bin Mohd Saleh. Sebagai penutup, izinkan saya memberi serangkap pantun:

                        Buah cempedak di luar pagar,
                        Ambik galah tolong jolokkan ,
                 Kami budak baru belajar,
                         Kalau salah tolong tunjukkan.




Friday 11 September 2015

OBJEKTIF KAJIAN

1. Memberi pendedahan mengenai latar belakang pembentukan Melaka.

2. Memberi pendedahan tentang faktor kedatangan Portugis di Melaka.

3. Memudahkan pemahaman mengenai cara Portugis menguasai Melaka.

4. Faktor kedatangan dan kejatuhan Portugis di Melaka.

5. Mengenalpasti kesan semangat Patriotisme di kalangan rakyat Malaysia.

Thursday 10 September 2015

PENDAHULUAN

      Pada tahun 1511, Alfonso de Albuquerque tiba di Melaka pada 10 Ogos dan membuat permintaan membina sebuah markas Portugis di Melaka tetapi permintaanya ditolak oleh Sultan. Selepas 10 hari dengan bantuan pembelot dari kalangan pembesar dan orang dalam istana yang iri hati dan dengki diatas pemashuran Tun Fatimah dan bimbang akan kedudukan jalur keturunannya, pihak Portugis berjaya mengepung dan menawan Kota Melaka pada 24 Ogos dan membina A Famosa dalam tempoh enam bulan. Dengan penewasan Sultan Mahmud Shah, pihak Portugis memerintah Melaka selama 130 tahun.


Alfonso de Albuquerque
     
      Sultan Mahmud Shah, Sultan terakhir Melaka, melarikan diri ke daerah pedalaman dan menyebabkan kesukaran kepada pihak Portugis dengan serangan sekejap-sekejap dari tanah daratan dan laut. Akhirnya, pada tahun 1526, seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro Mascarenhaas dihantar oleh negeri Portugal untuk memusnahkan bandar Bentan yang melindungi Sultan Mahmud. Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri melintasi Selat Melaka ke Kampar, Sumatera di mana beliau mangkat dua tahun kemudian. St. Francis Xavier, seorang mubaligh Jesuit, tinggal di Melaka selama beberapa bulan pada tahun 1545, 1546 dan 1549 kerana hendak menjadikan Melaka sebagai pusat operasinya di Timur.

       Pada tahun 1641, pihak Belanda menakluk Melaka dengan penewasan pihak Portugis melalui bantuan Sultan Johor. Walau bagaimanapun, pihak Belanda tidak berminat menjadikan Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan di antara Timur dan Barat tetapi mereka lebih mementingkan pembangunan Batavia (Jakarta) di Indonesia sebagai pusat pentadbiran mereka. Fort A' Formosa: Perobohan oleh pihak British dihentikan oleh Sir Stamford Raffles pada 1808 sewaktu beliau singgah di Melaka. Apa yang tinggal dipelihara sehingga hari ini.
       
       Pihak Belanda menyerahkan Melaka kepada pihak British mengikut Perjanjian British-Belanda pada tahun 1824. Dari 1826 hingga 1867, Melaka diperintah oleh Syarikat Hindia-Timur British(British East India Company), dan kemudiannya menjadi sebuah tanah jajahan British. Ia menjadi sebahagian Petempatan Selat(Straits Settlement), bersama-sama dengan Singapura dan Pulau Pinang pada tahun 1946. Selepas pembubaran tanah jajahan, Melaka dan Pulau Pinang menjadi sebahagian Malayan Union yang kemudiannya menjadi Malaysia.

Melaka diisytiharkan sebagai "Bandaraya Bersejarah" pada 15 April 1989.

Wednesday 9 September 2015

1.0 PENGENALAN NEGERI MELAKA

       Melaka amat dikenali kerana keunikan sejarahnya. Sejarah Melaka bermula apabila Parameswara putera raja dari Palembang telah terlibat dalam peperangan merebut takhta kerajaan Majapahit pada akhir abad ke-14. Setelah ditumpaskan oleh Majapahit, baginda telah lari mencari perlindungan ke Temasik yang pada ketika itu dikuasai oleh Siam. Setelah diusir dari Temasik oleh penjajah dari Siam, pada tahun 1396, beliau dan pengikut-pengikutnya mengundurkan diri ke Muar dan kemudiannya ke Sungai Ujong sebelum singgah di Bertam iaitu berdekatan dengan muara sungai Melaka. Setelah tiba di Bertam, baginda telah melihat anjing perburuannya ditendang oleh seekor pelanduk putih. Baginda amat kagum dengan keberanian pelanduk putih tersebut dan membuat keputusan untuk membuka negeri di situ. Baginda telah bertanyakan nama pohon tempat baginda bersandar dan pengikutnya memberitahu bahawa nama pohon tersebut adalah pohon Melaka. Maka baginda telah membuat keputusan untuk menamakan negerinya sempena nama pohon tersebut. Pilihan Parameswara begitu tepat sekali kerana kedudukan Melaka yang strategik. Lokasinya di tengah-tengah tebing Selat Melaka yang menghubungkan negara China ke India dan Timur telah menjadikannya tempat yang amat sesuai sebagai pusat perdagangan. Kedatangan pedagang-pedagang Arab serta pedagang-pedagang dari Timur dan Barat telah menjadikan Melaka sebagai sebuah pelabuhan entrepot yang sibuk dengan ratusan kapal yang singgah setiap tahun. Parameswara yang telah memeluk Islam melalui seorang ulama dari Jeddah pada tahun 1414 telah meletakkan asas kemajuan negeri Melaka sebagai pusat perdagangan dan pengembangan agama Islam yang terulung di rantau ini. Melaka terus terkenal sebagai pusat perdagangan Melayu di Timur. Antara barang dagangan yang boleh didapati di Melaka adalah sutera dan porselin dari China, kain dari Gujerat serta Coromandel di India, kapur barus dari Borneo, cendana dari Timor, buah pala dan bunga cengkih dari Molucas, emas dan lada hitam dari Sumatera serta timah dari Tanah Melayu. 

Parameswara( Raja Iskandar Shah )

Tuesday 8 September 2015

1.1 SEJARAH NAMA NEGERI MELAKA

Melaka amat dikenali kerana keunikan sejarahnya. Sejarah Melaka bermula apabila Parameswara putera raja dari Palembang telah terlibat dalam peperangan merebut takhta kerajaan Majapahit pada akhir abad ke-14. Setelah ditumpaskan oleh Majapahit, baginda telah lari mencari perlindungan ke Temasik yang pada ketika itu dikuasai oleh Siam. Setelah diusir dari Temasik oleh penjajah dari Siam, pada tahun 1396, beliau dan pengikut-pengikutnya mengundurkan diri ke Muar dan kemudiannya ke Sungai Ujong sebelum singgah di Bertam iaitu berdekatan dengan muara sungai Melaka.

Setelah tiba di Bertam, baginda telah melihat anjing perburuannya ditendang oleh seekor pelanduk putih. Baginda amat kagum dengan keberanian pelanduk putih tersebut dan membuat keputusan untuk membuka negeri di situ. Baginda telah bertanyakan nama pohon tempat baginda bersandar dan pengikutnya memberitahu bahawa nama pohon tersebut adalah pohon Melaka. Maka baginda telah membuat keputusan untuk menamakan negerinya sempena nama pohon tersebut.

Pilihan Parameswara begitu tepat sekali kerana kedudukan Melaka yang strategik. Lokasinya di tengah-tengah tebing Selat Melaka yang menghubungkan negara China ke India dan Timur telah menjadikannya tempat yang amat sesuai sebagai pusat perdagangan. Kedatangan pedagang-pedagang Arab serta pedagang-pedagang dari Timur dan Barat telah menjadikan Melaka sebagai sebuah pelabuhan entrepot yang sibuk dengan ratusan kapal yang singgah setiap tahun. Parameswara yang telah memeluk Islam melalui seorang ulama dari Jeddah pada tahun 1414 telah meletakkan asas kemajuan negeri Melaka sebagai pusat perdagangan dan pengembangan agama Islam yang terulung di rantau ini.


Melaka terus terkenal sebagai pusat perdagangan Melayu di Timur. Antara barang dagangan yang boleh didapati di Melaka adalah sutera dan porselin dari China, kain dari Gujerat serta Coromandel di India, kapur barus dari Borneo, cendana dari Timor, buah pala dan bunga cengkih dari Molucas, emas dan lada hitam dari Sumatera serta timah dari Tanah Melayu.



Gambar di atas adalah contoh pohon Melaka di mana Parameswara berehat.

Gambar di atas adalah contoh Pelanduk Putih yang membawa sejarah kepada negeri Melaka.



Video tersebut menceritakan tentang bagaimana Parameswara memberi nama Melaka. Pada mulanya, Parameswara ingin berehat di bawah pohon, nama pohon tersebut ialah pohon Melaka. Pada masa yang sama, Parameswara ternampak anjing ditendang oleh seekor pelanduk. Parameswara terasa sangat kagum dengan kehebatan seekor haiwan kecil yang mampu menumpaskan seekor anjing dengan kekuatan dirinya sendiri. Jadi begitu sejarah nama Melaka berlaku.

Monday 7 September 2015

1.2 BENTUK MUKA BUMI

Kedudukan Geografi

  • Antara salah satu faktor bentuk bumi di Melaka ialah kedudukan geografi. Melaka terletak di tempat yang strategik di Selat Melaka, iaitu di pertengahan jalan perdagangan antara Timur dan Barat. Pedagang-pedagang asing yang berulang alik di antara India (Barat) dan China (Timur) akan berdagang di Melaka, selain mendapat bekalan makanan dan air ataupun membaiki kapal. Pelabuhan Melaka juga terlindung daripada tiupan angin Monsun Timur Laut oleh Banjaran Titiwangsa dan angin Monsun Barat Daya oleh Pulau Sumatera. Angin Monsun Timur laut yang bertiup dalam bulan November hingga Mac membawa pedagang China ke Melaka dan pada masa sama akan membawa pedagang Asia Barat dan India belayar pulang dari Melaka. Angin Monsun Barat Daya yang bertiup dalam bulan Mei hingga September pula akan membantu pedagang Asia Barat dan India ke Melaka dan pada masa yang sama membawa pedagang China belayar pulang dari Melaka. Selain itu, muara sungai Melaka yang dalam membolehkan kapal dagang yang besar berlabuh di kawasan pelabuhan. Perairan Selat Melaka yang sempit juga telah membolehkan kerajaan Melaka mengawal laluan kapal-kapal dagang dengan mudah. Melaka juga mempunyai bentuk muka bumi yang berbukit yang menjadi panduan untuk kapal dagang keluar masuk ke pelabuhannya. Selain sesuai dijadikan kubu pelabuhan serta tempat memerhati musuh. Pokok-pokok bakau dan api-api yang terdapat di persisiran pantai pula menjadikannya sukar ditembusi musuh.



Kemudahan Pelabuhan

  • Antara kemudahan pelabuhan ialah pelbagai kemudahan disediakan oleh pemerintah di pelabuhan Melaka untuk menarik pedagang-pedagang asing ke pelabuhan Melaka. Antara kemudahan-kemudahan tersebut ialah kemudahan membaiki kapal, menyediakan rumah persinggahan dan gudang untuk menyimpan barang. Kemudahan pengangkutan juga disediakan oleh Syahbandar seperti kapal, perahu, jong, lancara, gajah dan pekerja untuk kemudahan para pedagang untuk membawa barangan ke gudang.Pedagang juga mudah mendapatkan bekalan makanan dan air sebelum memulakan pelayaran semasa menunggu pertukaran angin Monsun. Angkatan laut yang terdiri daripada Orang Laut juga dibentuk untuk melindungi pedagang daripada serangan lanun.

Sunday 6 September 2015

1.3 ZAMAN KEGEMILANGAN MELAKA

        Pada tahun 1459, Sultan Mansur Shah (1459 – 1477) menaiki takhta. Disebabkan kedudukannya yang strategik, Melaka menjadi sebuah pangkalan luar yang penting bagi kapal-kapal. Bagi mengeratkan hubungan diplomatik dengan Melaka, Maharaja China telah menganugerahkan anaknya Puteri Hang Li Po dengan tujuan untuk dikahwinkan dengan Sultan Mansur Shah. Untuk menyambut Hang Li Po, Sultan Mansur Shah juga menghantar Tun Perpatih Putih dengan segolongan pengiring ke negeri China untuk mengiringnya. Hang Li Po tiba di Melaka pada tahun 1458 bersama-sama 500 orang pengiring.
Salah satu kesan kebudayaan yang berpunca daripada peristiwa ini ialah wujudnya kelompok kaum Peranakan, iaitu hasil daripada perkahwinan campur di antara pendatang Cina dengan penduduk tempatan. Kaum Peranakan ini juga dikenali sebagai orang Baba dan Nyonya pada hari ini.
Semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah, empayar Melaka mencapai kemuncak kuasanya dan terdiri daripada Semenanjung Malaysia, Singapura, dan sebahagian besar Sumatera. Pesaing utama Melaka ialah Siam di utara dan Majapahit di selatan. Majapahit kemudiannya tumbang pada kurun ke-15. Siam pula telah menyerang Melaka sebanyak tiga kali tetapi kesemua cubaan serangan tersebut telah gagal.

         Selepas Melaka muncul sebagai sebuah pusat perdagangan baru menggantikan Srivijaya pada Abad ke-15, Melaka telah berjaya mencapai kejayaan yang lebih besar kesan daripada faktor perdagangan yang semakin berkembang pesat. Melaka telah muncul sebagai kuasa besar di Kepulauan Tanah Melayu yang setaraf dengan kuasa besar lain seperti Siam, Srivijaya, dan China. Melaka yang pada mulanya merupakan sebuah kerajaan kecil telah berkembang dan mengambil alih peranan pusat perdagangan yang dulunya dipegang oleh Srivijaya.
Kejayaan Melaka memainkan peranannya sebagai sebuah enterport baru dapat dilihat dalam tiga bentuk iaitu bertindak sebagai penerima atau pembeli barang-barangan, menjadi pengantara menemukan pedagang Timur dan Barat termasuk Nusantara, dan juga bertindak sebagai penyebar barang-barangan yang dibawa ke Melaka ke tempat lain. Walaupun Melaka merupakan warisan Srivijaya, namun pencapaian Melaka adalah berbeza daripada Srivijaya kerana Melaka merupakan tempat yang menjadi asas kepada pegangan yang menjadi nadi menggerakan seluruh kegiatan pemerintahan dan rakyatnya sehingga kini.


Sultan Mansur Syah & Puteri Hang Li Po

Tun Perpatih Putih