Thursday 3 September 2015

3.1 ROMBONGAN PORTUGIS KE MELAKA

           Pada bulan April 1511 Alfonso de Albuquerque telah meninggalkan Goa di India dengan menaiki kapal perangnya Flor de la Mar untuk menyerang Melaka.Beliau tiba di pelabuhan Melaka pada 1 Julai 1511. Kedatangan beliau adalah ekoran daripada peristiwa yang telah dialami oleh Panglima Perangnya Lopez de Sequeira semasa rombongan tersebut yang datang ke Melaka pada 1509. Dalam peristiwa tersebut rombongan Lopez de Sequeira telah diserang dan sebilangan askarnya ditahan oleh Bendahara Melaka.Keadaan ini terjadi di atas hasutan pedagang-pedagang Arab dan India yang menaruh curiga dan iri hati terhadap perdagangan yang akan dijalankan oleh saudagar-saudagar Eropah itu. Pada 25 Julai 1511, Alfonso de Albuqueque telah mula menyerang bandar dan pelabuhan Melaka selepas beberapa rundingan dengan pemerintah Melaka menemui jalan buntu. Sultan Mahmud dan anakanda baginda Raja Ahmad berserta dengan pasukan tenteranya telah bermati-matian mempertahankan Melaka daripada serangan ganas Portugis itu. Pihak Portugis pula mempunyai maksud yang lebih besar iaitu selain dari ingin menguasai pelabuhan yang kaya itu mereka juga membawa misi keagamaan tersendiri iaitu meneruskan Perang Salib ke atas orang-orang Islam seluruh dunia.


Kapal Flor de la Mar(Flower of The Sea) digunakan oleh Alfonso de Alburquerque berlayar dari Goa untuk menyerang Melaka.



Kapal Flor de la Mar tidak digunakan dan dijadikan pameran di Melaka sehingga kini.

  


No comments:

Post a Comment