Wednesday 2 September 2015

3.2 CARA PORTUGIS MENYERANG MELAKA

Orang Portugis mempunyai perancangan untuk menakluki melaka iaitu dengan cara;

1. Menawan jambatan yang berhampiran Kuala Sungai Melaka agar orang Melaka terpecah dua.

 Ø  "Orang Portugis sangat mengetahui kegunaan titi itu ,maka dengan seberapa daya mereka mencuba merobohkannya."

 Ø  "Apabila telah dekat,titi itupun ditembak mereka lalu roboh ,maka susahlah orang Melayu yang di Bukit Melaka hendak berhubung dengan orang Melayu di bandar Melaka."

2. Portugis telah mendarat dan menyerang dari dua tempat iaitu Selatan Melaka dan Utara Melaka.

Serangan-serangan orang Portugis berlaku pada 25 Julai 1511, pada masa ini orang Melaka dapat mempertahankan Melaka dari serangan orang Portugis apabila orang Portugis gagal menawan jambatan Melaka. Pada 10 Ogos 1511 orang Portugis menyerang Melaka lagi dan pada 24 Ogos 1511 orang Portugis telah berjaya menawan Melaka.

Video tersebut menceritakan bagaimana zaman kegemilangan di Melaka pada tahun 1456-1488. Tetapi pada tahun berikutnya, pada tahun 1488 sehingga 1511, peperangan antara Portugis dan Melaka berlaku.

No comments:

Post a Comment