Saturday, 12 September 2015

PENGENALAN



MAHASISWA PMM DEP1A SESI JUN 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Ini adalah sebuah blog baru yang bakal diedit oleh 6 pelajar mahasiswa Politeknik Merlimau Melaka bagi tugasan E-folio kami.Tujuan blog ini dibina adalah bagi memaparkan kisah dan sedikit info tentang kedatangan Portugis ke Melaka.Kalau tak kenal maka tak cinta,izinkan kami memperkenalkan diri kami,kita bermula dari yang berdiri disebelah kiri sekali nama diberi adalah Muhammad Aiman Akmal Bin Mohd Shaifullizan diikuti oleh Muhammad Aizat Zaim Bin Zaini serta disusuli dengan Muhammad Ridhwan Bin Razalee dan yang penghujung belah kanan ialah Emmanuel Joshua Ferandey.Bagi yang duduk dibahagian belah kiri pula ialah Muhammad Amirull Asyraff Bin Baharin dan sebelahnya adalah Mohd Muhaimin Bin Mohd Saleh. Sebagai penutup, izinkan saya memberi serangkap pantun:

                        Buah cempedak di luar pagar,
                        Ambik galah tolong jolokkan ,
                 Kami budak baru belajar,
                         Kalau salah tolong tunjukkan.




Friday, 11 September 2015

OBJEKTIF KAJIAN

1. Memberi pendedahan mengenai latar belakang pembentukan Melaka.

2. Memberi pendedahan tentang faktor kedatangan Portugis di Melaka.

3. Memudahkan pemahaman mengenai cara Portugis menguasai Melaka.

4. Faktor kedatangan dan kejatuhan Portugis di Melaka.

5. Mengenalpasti kesan semangat Patriotisme di kalangan rakyat Malaysia.

Thursday, 10 September 2015

PENDAHULUAN

      Pada tahun 1511, Alfonso de Albuquerque tiba di Melaka pada 10 Ogos dan membuat permintaan membina sebuah markas Portugis di Melaka tetapi permintaanya ditolak oleh Sultan. Selepas 10 hari dengan bantuan pembelot dari kalangan pembesar dan orang dalam istana yang iri hati dan dengki diatas pemashuran Tun Fatimah dan bimbang akan kedudukan jalur keturunannya, pihak Portugis berjaya mengepung dan menawan Kota Melaka pada 24 Ogos dan membina A Famosa dalam tempoh enam bulan. Dengan penewasan Sultan Mahmud Shah, pihak Portugis memerintah Melaka selama 130 tahun.


Alfonso de Albuquerque
     
      Sultan Mahmud Shah, Sultan terakhir Melaka, melarikan diri ke daerah pedalaman dan menyebabkan kesukaran kepada pihak Portugis dengan serangan sekejap-sekejap dari tanah daratan dan laut. Akhirnya, pada tahun 1526, seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro Mascarenhaas dihantar oleh negeri Portugal untuk memusnahkan bandar Bentan yang melindungi Sultan Mahmud. Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri melintasi Selat Melaka ke Kampar, Sumatera di mana beliau mangkat dua tahun kemudian. St. Francis Xavier, seorang mubaligh Jesuit, tinggal di Melaka selama beberapa bulan pada tahun 1545, 1546 dan 1549 kerana hendak menjadikan Melaka sebagai pusat operasinya di Timur.

       Pada tahun 1641, pihak Belanda menakluk Melaka dengan penewasan pihak Portugis melalui bantuan Sultan Johor. Walau bagaimanapun, pihak Belanda tidak berminat menjadikan Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan di antara Timur dan Barat tetapi mereka lebih mementingkan pembangunan Batavia (Jakarta) di Indonesia sebagai pusat pentadbiran mereka. Fort A' Formosa: Perobohan oleh pihak British dihentikan oleh Sir Stamford Raffles pada 1808 sewaktu beliau singgah di Melaka. Apa yang tinggal dipelihara sehingga hari ini.
       
       Pihak Belanda menyerahkan Melaka kepada pihak British mengikut Perjanjian British-Belanda pada tahun 1824. Dari 1826 hingga 1867, Melaka diperintah oleh Syarikat Hindia-Timur British(British East India Company), dan kemudiannya menjadi sebuah tanah jajahan British. Ia menjadi sebahagian Petempatan Selat(Straits Settlement), bersama-sama dengan Singapura dan Pulau Pinang pada tahun 1946. Selepas pembubaran tanah jajahan, Melaka dan Pulau Pinang menjadi sebahagian Malayan Union yang kemudiannya menjadi Malaysia.

Melaka diisytiharkan sebagai "Bandaraya Bersejarah" pada 15 April 1989.

Wednesday, 9 September 2015

1.0 PENGENALAN NEGERI MELAKA

       Melaka amat dikenali kerana keunikan sejarahnya. Sejarah Melaka bermula apabila Parameswara putera raja dari Palembang telah terlibat dalam peperangan merebut takhta kerajaan Majapahit pada akhir abad ke-14. Setelah ditumpaskan oleh Majapahit, baginda telah lari mencari perlindungan ke Temasik yang pada ketika itu dikuasai oleh Siam. Setelah diusir dari Temasik oleh penjajah dari Siam, pada tahun 1396, beliau dan pengikut-pengikutnya mengundurkan diri ke Muar dan kemudiannya ke Sungai Ujong sebelum singgah di Bertam iaitu berdekatan dengan muara sungai Melaka. Setelah tiba di Bertam, baginda telah melihat anjing perburuannya ditendang oleh seekor pelanduk putih. Baginda amat kagum dengan keberanian pelanduk putih tersebut dan membuat keputusan untuk membuka negeri di situ. Baginda telah bertanyakan nama pohon tempat baginda bersandar dan pengikutnya memberitahu bahawa nama pohon tersebut adalah pohon Melaka. Maka baginda telah membuat keputusan untuk menamakan negerinya sempena nama pohon tersebut. Pilihan Parameswara begitu tepat sekali kerana kedudukan Melaka yang strategik. Lokasinya di tengah-tengah tebing Selat Melaka yang menghubungkan negara China ke India dan Timur telah menjadikannya tempat yang amat sesuai sebagai pusat perdagangan. Kedatangan pedagang-pedagang Arab serta pedagang-pedagang dari Timur dan Barat telah menjadikan Melaka sebagai sebuah pelabuhan entrepot yang sibuk dengan ratusan kapal yang singgah setiap tahun. Parameswara yang telah memeluk Islam melalui seorang ulama dari Jeddah pada tahun 1414 telah meletakkan asas kemajuan negeri Melaka sebagai pusat perdagangan dan pengembangan agama Islam yang terulung di rantau ini. Melaka terus terkenal sebagai pusat perdagangan Melayu di Timur. Antara barang dagangan yang boleh didapati di Melaka adalah sutera dan porselin dari China, kain dari Gujerat serta Coromandel di India, kapur barus dari Borneo, cendana dari Timor, buah pala dan bunga cengkih dari Molucas, emas dan lada hitam dari Sumatera serta timah dari Tanah Melayu. 

Parameswara( Raja Iskandar Shah )

Tuesday, 8 September 2015

1.1 SEJARAH NAMA NEGERI MELAKA

Melaka amat dikenali kerana keunikan sejarahnya. Sejarah Melaka bermula apabila Parameswara putera raja dari Palembang telah terlibat dalam peperangan merebut takhta kerajaan Majapahit pada akhir abad ke-14. Setelah ditumpaskan oleh Majapahit, baginda telah lari mencari perlindungan ke Temasik yang pada ketika itu dikuasai oleh Siam. Setelah diusir dari Temasik oleh penjajah dari Siam, pada tahun 1396, beliau dan pengikut-pengikutnya mengundurkan diri ke Muar dan kemudiannya ke Sungai Ujong sebelum singgah di Bertam iaitu berdekatan dengan muara sungai Melaka.

Setelah tiba di Bertam, baginda telah melihat anjing perburuannya ditendang oleh seekor pelanduk putih. Baginda amat kagum dengan keberanian pelanduk putih tersebut dan membuat keputusan untuk membuka negeri di situ. Baginda telah bertanyakan nama pohon tempat baginda bersandar dan pengikutnya memberitahu bahawa nama pohon tersebut adalah pohon Melaka. Maka baginda telah membuat keputusan untuk menamakan negerinya sempena nama pohon tersebut.

Pilihan Parameswara begitu tepat sekali kerana kedudukan Melaka yang strategik. Lokasinya di tengah-tengah tebing Selat Melaka yang menghubungkan negara China ke India dan Timur telah menjadikannya tempat yang amat sesuai sebagai pusat perdagangan. Kedatangan pedagang-pedagang Arab serta pedagang-pedagang dari Timur dan Barat telah menjadikan Melaka sebagai sebuah pelabuhan entrepot yang sibuk dengan ratusan kapal yang singgah setiap tahun. Parameswara yang telah memeluk Islam melalui seorang ulama dari Jeddah pada tahun 1414 telah meletakkan asas kemajuan negeri Melaka sebagai pusat perdagangan dan pengembangan agama Islam yang terulung di rantau ini.


Melaka terus terkenal sebagai pusat perdagangan Melayu di Timur. Antara barang dagangan yang boleh didapati di Melaka adalah sutera dan porselin dari China, kain dari Gujerat serta Coromandel di India, kapur barus dari Borneo, cendana dari Timor, buah pala dan bunga cengkih dari Molucas, emas dan lada hitam dari Sumatera serta timah dari Tanah Melayu.



Gambar di atas adalah contoh pohon Melaka di mana Parameswara berehat.

Gambar di atas adalah contoh Pelanduk Putih yang membawa sejarah kepada negeri Melaka.



Video tersebut menceritakan tentang bagaimana Parameswara memberi nama Melaka. Pada mulanya, Parameswara ingin berehat di bawah pohon, nama pohon tersebut ialah pohon Melaka. Pada masa yang sama, Parameswara ternampak anjing ditendang oleh seekor pelanduk. Parameswara terasa sangat kagum dengan kehebatan seekor haiwan kecil yang mampu menumpaskan seekor anjing dengan kekuatan dirinya sendiri. Jadi begitu sejarah nama Melaka berlaku.

Monday, 7 September 2015

1.2 BENTUK MUKA BUMI

Kedudukan Geografi

  • Antara salah satu faktor bentuk bumi di Melaka ialah kedudukan geografi. Melaka terletak di tempat yang strategik di Selat Melaka, iaitu di pertengahan jalan perdagangan antara Timur dan Barat. Pedagang-pedagang asing yang berulang alik di antara India (Barat) dan China (Timur) akan berdagang di Melaka, selain mendapat bekalan makanan dan air ataupun membaiki kapal. Pelabuhan Melaka juga terlindung daripada tiupan angin Monsun Timur Laut oleh Banjaran Titiwangsa dan angin Monsun Barat Daya oleh Pulau Sumatera. Angin Monsun Timur laut yang bertiup dalam bulan November hingga Mac membawa pedagang China ke Melaka dan pada masa sama akan membawa pedagang Asia Barat dan India belayar pulang dari Melaka. Angin Monsun Barat Daya yang bertiup dalam bulan Mei hingga September pula akan membantu pedagang Asia Barat dan India ke Melaka dan pada masa yang sama membawa pedagang China belayar pulang dari Melaka. Selain itu, muara sungai Melaka yang dalam membolehkan kapal dagang yang besar berlabuh di kawasan pelabuhan. Perairan Selat Melaka yang sempit juga telah membolehkan kerajaan Melaka mengawal laluan kapal-kapal dagang dengan mudah. Melaka juga mempunyai bentuk muka bumi yang berbukit yang menjadi panduan untuk kapal dagang keluar masuk ke pelabuhannya. Selain sesuai dijadikan kubu pelabuhan serta tempat memerhati musuh. Pokok-pokok bakau dan api-api yang terdapat di persisiran pantai pula menjadikannya sukar ditembusi musuh.



Kemudahan Pelabuhan

  • Antara kemudahan pelabuhan ialah pelbagai kemudahan disediakan oleh pemerintah di pelabuhan Melaka untuk menarik pedagang-pedagang asing ke pelabuhan Melaka. Antara kemudahan-kemudahan tersebut ialah kemudahan membaiki kapal, menyediakan rumah persinggahan dan gudang untuk menyimpan barang. Kemudahan pengangkutan juga disediakan oleh Syahbandar seperti kapal, perahu, jong, lancara, gajah dan pekerja untuk kemudahan para pedagang untuk membawa barangan ke gudang.Pedagang juga mudah mendapatkan bekalan makanan dan air sebelum memulakan pelayaran semasa menunggu pertukaran angin Monsun. Angkatan laut yang terdiri daripada Orang Laut juga dibentuk untuk melindungi pedagang daripada serangan lanun.

Sunday, 6 September 2015

1.3 ZAMAN KEGEMILANGAN MELAKA

        Pada tahun 1459, Sultan Mansur Shah (1459 – 1477) menaiki takhta. Disebabkan kedudukannya yang strategik, Melaka menjadi sebuah pangkalan luar yang penting bagi kapal-kapal. Bagi mengeratkan hubungan diplomatik dengan Melaka, Maharaja China telah menganugerahkan anaknya Puteri Hang Li Po dengan tujuan untuk dikahwinkan dengan Sultan Mansur Shah. Untuk menyambut Hang Li Po, Sultan Mansur Shah juga menghantar Tun Perpatih Putih dengan segolongan pengiring ke negeri China untuk mengiringnya. Hang Li Po tiba di Melaka pada tahun 1458 bersama-sama 500 orang pengiring.
Salah satu kesan kebudayaan yang berpunca daripada peristiwa ini ialah wujudnya kelompok kaum Peranakan, iaitu hasil daripada perkahwinan campur di antara pendatang Cina dengan penduduk tempatan. Kaum Peranakan ini juga dikenali sebagai orang Baba dan Nyonya pada hari ini.
Semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah, empayar Melaka mencapai kemuncak kuasanya dan terdiri daripada Semenanjung Malaysia, Singapura, dan sebahagian besar Sumatera. Pesaing utama Melaka ialah Siam di utara dan Majapahit di selatan. Majapahit kemudiannya tumbang pada kurun ke-15. Siam pula telah menyerang Melaka sebanyak tiga kali tetapi kesemua cubaan serangan tersebut telah gagal.

         Selepas Melaka muncul sebagai sebuah pusat perdagangan baru menggantikan Srivijaya pada Abad ke-15, Melaka telah berjaya mencapai kejayaan yang lebih besar kesan daripada faktor perdagangan yang semakin berkembang pesat. Melaka telah muncul sebagai kuasa besar di Kepulauan Tanah Melayu yang setaraf dengan kuasa besar lain seperti Siam, Srivijaya, dan China. Melaka yang pada mulanya merupakan sebuah kerajaan kecil telah berkembang dan mengambil alih peranan pusat perdagangan yang dulunya dipegang oleh Srivijaya.
Kejayaan Melaka memainkan peranannya sebagai sebuah enterport baru dapat dilihat dalam tiga bentuk iaitu bertindak sebagai penerima atau pembeli barang-barangan, menjadi pengantara menemukan pedagang Timur dan Barat termasuk Nusantara, dan juga bertindak sebagai penyebar barang-barangan yang dibawa ke Melaka ke tempat lain. Walaupun Melaka merupakan warisan Srivijaya, namun pencapaian Melaka adalah berbeza daripada Srivijaya kerana Melaka merupakan tempat yang menjadi asas kepada pegangan yang menjadi nadi menggerakan seluruh kegiatan pemerintahan dan rakyatnya sehingga kini.


Sultan Mansur Syah & Puteri Hang Li Po

Tun Perpatih Putih



Saturday, 5 September 2015

2.0 FAKTOR KEDATANGAN PORTUGIS KE MELAKA


  1)      GOLD(Perdagangan/Kekayaan)
Sebagai  pusat pelabuhan yang terkenal.Melaka semestinya mempunyai pelbagai bahan rempah seperti  lada hitam,kayu manis,bunga cengkih dan buah pala.Bahan-bahan rempah ini merupakan pemintaan tertinggi di Eropah kerana kegunaan bahan ini amat istimewa iaitu mengawet dan menyedapkan makanan seperti daging serta sebagai  pemanas badan.Selain itu, Portugis juga mempunyai agenda mereka tersendiri iaitu ingin menghalang monopoli pedagang-pedagang Islam di Timur.

  2)      GLORY(Kemegahan)
Portugis juga ingin bersaing dengan Negara-negara penjajah lain untuk memartabatkan negaranya dengan menggunakan kemahiran mereka dalam aktiviti penjelajahan dan pelayaran.Selain itu,Portugis juga ingin mebina sebuah empayar yang kukuh diluar Eropah.

   3)      GOSPEL(Keagamaan)
Sifat penyebaran agama Kristian dalam setiap orang Portugis amat tebal.Oleh itu,mereka datang ke Melaka untuk menyebarkan agama Kristian dan juga ingin menghapuskan agama Islam di Timur.mereka juga ingin meneruskan Perang Salib dengan menebus kembali kekalahan mereka  di tangan tentera islam dalam Perang Salib serta ingin menghancurkan kerajaan Islam di Timur.

    4)      Galakan Putera Henry (1394-1460)
Putera Henry percaya terhadap semua pelayar negaranya mampu memperluaskan empayar Portugis di luar Eropah.Oleh itu beliau telah mendirikan sebuah sekolah pelayaran di Portugal sebagai galakan untuk semua rakyatnya pergi berlayar dan terbukti galakan Putera Henry telah berjaya mendapat sahutan oleh rakyatnya.Antara kejayaan-kejayaan pelayaran yang tercapai termasuklah:
                                 i.            Tahun1488-Bartholomew Diaz Sampai Ke Tanjung  Harapan
                               ii.            Tahun 1498-Vasco Da Canna Sampai Ke India
                              iii.            Tahun 1509-Lopez De Sequiera Tiba Ke Melaka



Buku tersebut yang bertajuk GOLD, GLORY AND THE GOSPEL karya oleh Louis   B. Wright                                                                                   
 

Friday, 4 September 2015

3.0 PORTUGIS MENGUASAI MELAKA

   
Diego Lopez De Squera
     

  •  Kemasyhuran Melaka telah bermula seiring dengan keadaan di mana negara-negara Eropah sedang membuka langkah untuk meluaskan lagi kuasa mereka ke benua Timur dan Melaka merupakan antara bandar pelabuhan yang menarik perhatian mereka. Pada tahun 1509, Diego Lopez De Squera dari Angkatan di Raja Portugal merupakan angkatan Portugis pertama telah tiba di Melaka. Selepas serangan bertubi-tubi pada tahun 1511, Melaka akhirnya telah berjaya ditawan oleh angkatan Portugis yang diketuai oleh Alfonso d’Albuquerque.







Sultan Mahmud Shah

  • Sultan Mahmud Shah, pemerintah Melaka ketika itu, telah berundur ke Johor dan setelah bertapak di situ, orang Melayu cuba menyerang kembali orang Portugis tetapi tidak berjaya. Salah satu sebab yang menjadi kekuatan pihak Portugis adalah pembinaan kota A’ Famosa sebagai benteng pertahanan mereka.

Thursday, 3 September 2015

3.1 ROMBONGAN PORTUGIS KE MELAKA

           Pada bulan April 1511 Alfonso de Albuquerque telah meninggalkan Goa di India dengan menaiki kapal perangnya Flor de la Mar untuk menyerang Melaka.Beliau tiba di pelabuhan Melaka pada 1 Julai 1511. Kedatangan beliau adalah ekoran daripada peristiwa yang telah dialami oleh Panglima Perangnya Lopez de Sequeira semasa rombongan tersebut yang datang ke Melaka pada 1509. Dalam peristiwa tersebut rombongan Lopez de Sequeira telah diserang dan sebilangan askarnya ditahan oleh Bendahara Melaka.Keadaan ini terjadi di atas hasutan pedagang-pedagang Arab dan India yang menaruh curiga dan iri hati terhadap perdagangan yang akan dijalankan oleh saudagar-saudagar Eropah itu. Pada 25 Julai 1511, Alfonso de Albuqueque telah mula menyerang bandar dan pelabuhan Melaka selepas beberapa rundingan dengan pemerintah Melaka menemui jalan buntu. Sultan Mahmud dan anakanda baginda Raja Ahmad berserta dengan pasukan tenteranya telah bermati-matian mempertahankan Melaka daripada serangan ganas Portugis itu. Pihak Portugis pula mempunyai maksud yang lebih besar iaitu selain dari ingin menguasai pelabuhan yang kaya itu mereka juga membawa misi keagamaan tersendiri iaitu meneruskan Perang Salib ke atas orang-orang Islam seluruh dunia.


Kapal Flor de la Mar(Flower of The Sea) digunakan oleh Alfonso de Alburquerque berlayar dari Goa untuk menyerang Melaka.



Kapal Flor de la Mar tidak digunakan dan dijadikan pameran di Melaka sehingga kini.

  


Wednesday, 2 September 2015

3.2 CARA PORTUGIS MENYERANG MELAKA

Orang Portugis mempunyai perancangan untuk menakluki melaka iaitu dengan cara;

1. Menawan jambatan yang berhampiran Kuala Sungai Melaka agar orang Melaka terpecah dua.

 Ã˜  "Orang Portugis sangat mengetahui kegunaan titi itu ,maka dengan seberapa daya mereka mencuba merobohkannya."

 Ã˜  "Apabila telah dekat,titi itupun ditembak mereka lalu roboh ,maka susahlah orang Melayu yang di Bukit Melaka hendak berhubung dengan orang Melayu di bandar Melaka."

2. Portugis telah mendarat dan menyerang dari dua tempat iaitu Selatan Melaka dan Utara Melaka.

Serangan-serangan orang Portugis berlaku pada 25 Julai 1511, pada masa ini orang Melaka dapat mempertahankan Melaka dari serangan orang Portugis apabila orang Portugis gagal menawan jambatan Melaka. Pada 10 Ogos 1511 orang Portugis menyerang Melaka lagi dan pada 24 Ogos 1511 orang Portugis telah berjaya menawan Melaka.

Video tersebut menceritakan bagaimana zaman kegemilangan di Melaka pada tahun 1456-1488. Tetapi pada tahun berikutnya, pada tahun 1488 sehingga 1511, peperangan antara Portugis dan Melaka berlaku.

Tuesday, 1 September 2015

3.3 PEMERINTAHAN PORTUGIS DI MELAKA

· Pada 10 Ogos 1511, Alfonso de Alquerque tiba di Melaka dan membuat permintaan membina sebuah markas Portugis di Melaka tetapi permintaanya ditolak oleh sultan. Selepas 10 hari dengan bantuan pembelot dari kalangan pembesar dan orang dalam istana yang iri hati dan dengki diatas pemashuran Tun Fatimah dan bimbang akan kedudukan jalur keturunannya, pihak Portugis berjaya mengepung dan menawan Kota Melaka pada 24 Ogos dan membina A Famosa dalam tempoh masa enam bulan.Portugis telah mengambil semua harta kerajaan tersebut.Selain itu,perdagangan di Melaka merosot kerana cukai yang diletak oleh Portugis terlalu tinggi untuk pedagang luar berdagang di Melaka. Dengan penewasan Sultan Mahmud Shah, pihak Portugis memerintah Melaka selama 130 tahun.

4.0 KEJATUHAN PORTUGIS DI MELAKA

   1.       Penentangan Sultan Mahmud dan Sultan Ahmad
 Setelah Melaka jatuh ke tangan orang Portugis. Maka, Sultan Ahmad yang pada ketika itu memerintah Melaka telah berundur ke Bentayan manakala Sultan Mahmud ke Kota Hampar. Walaupun Portugis telah menawan Melaka tetapi mereka masih lagi menghantar pasukan tentera untuk menyerang Sultan Mahmud kerana pada pendapat mereka selagi Sultan Mahmud memerintah maka selagi itulah mereka tidak akan duduk diam, ini dapat dibuktikan apabila orang-orang Melayu telah melancarkan beberapa siri serangan ke atas Portugis ke atas Melaka.

Tahun
Catatan
1512 (Julai)
Diketuai Laksamana Hang Nadim orang Melayu menyerang orang Portugis di Melaka tetapi orang Portugis dapat mempertahankan Melaka.
1510 - 1518
Orang Melayu dibawah kepimpinan Sultan Mahmud telah menyerang Melaka beberapa kali yang diketuai oleh Laksamana Hang Nadim. Beberapa kali serangan telah dilakukan ke atas Melaka, ini menunjukkan bahawa orang Melayu tak akan duduk diam selagi Melaka berada di tangan orang Portugis. Namun, serangan demi serangan telah dilakukan, orang Portugis tidak dapat dihalau dari Melaka kerana mereka telah membina kota yang amat kukuh untuk ditembusi.
1519
Orang Melayu telah menyekat makanan supaya tidak sampai ke Melaka dan memaksa Portugis mendapatkan bantuan dari Burma.
1520
Dibawah Paduka Tuan dan Sultan Abdul Jalil (Raja Kampar) orang Melayu telah menyerang Portugis di Melaka.


4.1 SERANGAN BELANDA TERHADAP PORTUGIS DI MELAKA

Belanda mempunyai objektif mereka tersendiri iaitu ingin menjadikan Melaka sebagai penjajahan takluk mereka.Berikut adalah beberapa tarikh penting serangan Belanda terhadap Portugis:


Tahun
Catatan
1597
Pihak Belanda membuat serangan pertama Belanda ke atas Kota Portugis Melaka.

1606
Pihak Belanda di bawah Laksamana Matelieff de Jonge bekerjasama dengan Sultan Johor untuk menguasai Melaka. (Percubaan selama tiga bulan gagal apabila Portugis mendapat bantuan dari Goa.)

1615-1616
Acheh menyerang Melaka.
1628-1629
Acheh memerintah Melaka selama lapan bulan sebelum pihak Portugis mengambil Melaka kembali.
1636
Kapal Portugis di pelabuhan dimusnahkan oleh kapal Belanda.

Laksamana Matelieff de Jonge

5.1 KESAN PENDUDUKAN PORTUGIS DI MELAKA

Portugis telah menjajah Melaka dari tahun 1511-1641 selama lebih kurang 130 tahun. Banyak kesan peninggalan Portugis yang dapat dilihat hingga ke hari ini, antaranya lahirnya masyarakat Serani beragama Kristian di Melaka hasil perkahwinan orang Portugis dengan penduduk tempatan.


Wujud beberapa perkataan yang berasal daripada bahasa Portugis yang digunakan dalam Bahasa Melayu seperti almari,tuala,jendela dan garpu.Tarian dan nyanyian masyarakat Portugis di Melaka menjadi warisan kesenian negara.


5.2 PENINGGALAN BANGUNAN BERSEJARAH


  • A Famosa
A Famosa merupakan nama kubu yang dibina oleh orang Portugis selepas menakluk Melaka pada 1511. Sebaik sahaja mereka menawan Melaka, Portugis menggunakan buruh paksa untuk membina kubu sementara bagi menangkis serangan orang-orang Melayu, sementara mereka membina kubu utama yang digelar "A Famosa", atau secara rasminya Kubu Melaka (Fortaleza de Malaca). Kota A Famosa mengambil masa selama 5 bulan untuk di bina. Akibat suhu panas terik dan kekurangan makanan, ramai buruh paksa yang mati ketika membina kota tersebut. Bahan bagi membina kota tersebut diambil dari runtuhan masjid dan bangunan lain.
Pembinaan kota A Famosa atas arahan Alfonso de Albuquerque boleh dikatakan menjadi lambang penentangan penduduk Melaka masa itu sehinggakan memaksa pihak Portugis membina kota pertahanan sebaik sahaja mereka menguasai bandar Melaka.
Kota A Famosa yang disiapkan mempunyai empat menara, atau ketelom (bastion), dengan tembok setebal 2.4 meter hingga 4.5 meter. Menara-menara tersebut dikenali sebagai Baluarte San Pedro, Baluerte de las Virgenes, Baluerte Madre de Dios, Baluerte Santo Domingo, dan Baluerte de Santiago. Menjelang tahun 1583, Melaka telah menjadi bandar berkota yang dilindungi dengan tujuh puluh meriam ke semua arah.



  • Gereja St. Paul

Gereja St. Paul merupakan sebuah gereja yang terletaknya di Bandar Hilir, Melaka. Ia dibina oleh Kapten Portugis yang bernama Duarte Coelho pada tahun 1521 dan dinamakan "Our Lady of The Hill".
Gereja ini kemudiannya ditukar oleh pihak Belanda kepada tempat persemadian bangsawan dan di namakan gereja St. Paul. St. Francis Xavier telah dipelihara di dalam perkuburan terbuka pada tahun 1553 sebelum dibawa dengan kapal ke Goa, India.

6.0 IKTIBAR DARI KEDATANGAN PORTUGIS KE MELAKA

IKTIBAR TERHADAP DIRI

1) Seseorang warganegara itu tidak boleh berpeluk tubuh dan membiarkan orang asing memerintah dan menentukan sistem pemerintahan negara kita kerana ini adalah Negara kita.Sekiranya orang asing yang memerintah sudah pastilah mereka akan mendapat keuntungan dan kita hanya mampu berputih mata sahaja biasanya kata-kata manis orang asing ini hanyalah seperti menanam tebu dibibir sahaja.Oleh itu janganlah sesekali membenarkan orang asing terlibat dalam apa jua sistem pemerintahan dalam Negara kita.

2) Taat setia juga perlu ditititik beratkan kerana taat setia pada Negara amatlah penting agar tiada lagi wujud pembelot Negara seperti Si Kitol yang memberi maklumat mengenai kekuatan pertahanan Melaka kepada Portugis dan akhirnya ia hanya memakan diri sendiri apabila setelah Portugis berjaya menguasai Melaka, Si Kitol telah dibunuh oleh Portugis sendiri kerana takut Si Kitol membelot sekali lagi.

3)Jati diri sebagai warganegara perlu wujud dalam diri setiap individu walaupun dalam keadaan pemimpin yang zalim sekalipun kita perlu mempunyai jati diri kerana tanpa jati diri mudahlah untuk penjajah menghasut kita supaya bekerjasama dengan kita.Inilah yang terjadi pada Si Kitol yang tiada jati diri sehingga sanggup menjadi pembelot kerajaan Melaka.

4)Setiap warganegara perlu mematuhi undang-undang kerana ia akan memberi kesan kepada tindakan seseorang warganegara dunia merupakan tanggungjawab sebagai warganegara.Warganegara yang tahu tanggungjawab sebagai seorang warganegara akan mengukuhkan ketahanan sesebuah Negara,kelemahan individu warganegara dalam mematuhi undang-undang negaralah yang menyebabkan kerajaan Melaka mudah dijajah Portugis dan akibatnya bermulalah zaman kejatuhan Melaka.



IKTIBAR TERHADAP MASYARAKAT

1) Iktibar bagi masyarakat pula adalah masyarakat perlu setia pada pemimpin mereka seperti rakyat Melaka pada zaman penjajahan Portugis iaitu ketika Sultan Mahmud Shah melarikan diri ke Kampar,Sumatera rakyatnya menentang Portugis kerana bagi mereka selagi Sultan Mahmud adalah Sultan mereka maka disitulah terletaknya taat setia mereka.Natijahnya ia telah meningkatkan semangat Patriotisme untuk membebaskan diri dari penjajahan.

2) Masyarakat juga perlu sedar bahawa sikap bekerjasama perlu ada pada diri setiap masyarakat kerana sikap bekerjasama adalah asas perpaduan sesuatu masyarakat.Sekiranya sikap kerjasama ini tidak dipraktiskan maka zaman kelemahan pertahanan di Melaka akan kembali lagi dan kebarangkalian untuk dijajah semula amatlah tinggi.

3) Konsep tolak ansur perlu dipraktikkan dalam kehidupan setiap masyarakat.Setiap masyarakat perlulah bertolak ansur dalam pelbagai perkara terutama dalam aspek ekonomi.Kegemilangan Melaka adalah bukti kejayaan jika konsep bertolak ansur dapat dipraktikkan.

4)Setiap masyarakat perlu berwaspada dalam setiap perkara terutama pada kata-kata manis orang luar kerana kemungkinan mereka hanya menanam tebu dibibir sahaja dan bimbang mereka mempunyai niat lain yang mampu mengancam Negara kita.Sebagai contoh,ketika zaman kegemilangan Melaka ketika permulaan kedatangan Portugis mereka disambut dengan baik akan tetapi rupanya pihak Portugis mempunyai udang disebalik batu dan pengakhirannya tanpa disedari Melaka jatuh ditangan Portugis.



IKTIBAR TERHADAP KEPIMPINAN NEGARA

1) Pemimpin-pemimpin Negara perlu saling percaya mempercayai antara satu sama lain agar tidak goyah dilanda ombak yang dihembus oleh pihak yang ingin menjatuhkan Negara,janganlah sesekali mengulangi peristiwa dimana Tun Mutahir difitnah yang beliau cuba mengatasi kekayaan Sultan sehingga menyebabkan Sultan Mahmud Shah amat murka dan tanpa usul periksa, baginda menjatuhkan hukuman bunuh kepada Tun Mutahir dan keluarganya.

2) Seseorang pemimpin Negara juga perlu mengelakkan diri dari sikap pilih kasih kerana ia akan menimbulkan fitnah dan ketidakpuasan hati rakyat janganlah jadi seperti Bendahara Tun Mutahir yang bersikap pilih kasih sehingga mencetuskan iri hati di kalangan pembesar lain dan sikap pilih kasih itu juga menyebabkan Tun Mutahir difitnah yang beliau cuba mengatasi kekayaan sultan sehingga menyebabkan Sultan Mahmud Shah amat murka.

3)Selaku seorang pemimpin segala tindaklaku dan perbuatan seharusnya menunjukkan perkara positif bukannya negatif kerana pemimpin mencerminkan rakyat.Janganlah jadi pemimpin ketika zaman kejatuhan Melaka iaitu perbuatan Sultan ketika itu adalah tamak,dan iri hati maka lahirlah rakyat seperti Si Kitol dan Utimutiraja iaitu pembelot.

4)Sifat berusaha dan semangat nasionalisme perlu ada dalam diri setiap pemimpin Negara agar Negara tidak akan ditawan dengan mudah,contohi sifat Sultan Ahmad dan Sultan Mahmud yang pada awalnya berundur setelah diserang Portugis akan tetapi mereka tetap berusaha dengan pelbagai cara untuk merampas kembali kerajaan Melaka dari tangan Portugis.Sifat pemimpin ini yang harus dipuji dan dipraktikkan oleh pemimipin sekarang.
SEKIAN TERIMA KASIH DARIPADA KAMI