A Famosa merupakan nama kubu yang dibina
oleh orang Portugis selepas menakluk Melaka pada 1511. Sebaik sahaja mereka
menawan Melaka, Portugis menggunakan buruh paksa untuk membina kubu sementara
bagi menangkis serangan orang-orang Melayu, sementara mereka membina kubu utama
yang digelar "A Famosa", atau secara rasminya Kubu Melaka (Fortaleza
de Malaca). Kota A Famosa mengambil masa selama 5 bulan untuk di bina. Akibat
suhu panas terik dan kekurangan makanan, ramai buruh paksa yang mati ketika
membina kota tersebut. Bahan bagi membina kota tersebut diambil dari runtuhan
masjid dan bangunan lain.
Pembinaan kota A Famosa atas arahan Alfonso
de Albuquerque boleh dikatakan menjadi lambang penentangan penduduk Melaka masa
itu sehinggakan memaksa pihak Portugis membina kota pertahanan sebaik sahaja
mereka menguasai bandar Melaka.
Kota A Famosa yang disiapkan mempunyai
empat menara, atau ketelom (bastion), dengan tembok setebal 2.4 meter hingga
4.5 meter. Menara-menara tersebut dikenali sebagai Baluarte San Pedro, Baluerte
de las Virgenes, Baluerte Madre de Dios, Baluerte Santo Domingo, dan Baluerte
de Santiago. Menjelang tahun 1583, Melaka telah menjadi bandar berkota yang
dilindungi dengan tujuh puluh meriam ke semua arah.
Gereja St. Paul merupakan sebuah gereja
yang terletaknya di Bandar Hilir, Melaka. Ia dibina oleh Kapten Portugis yang
bernama Duarte Coelho pada tahun 1521 dan dinamakan "Our Lady of The
Hill".
Gereja ini kemudiannya ditukar oleh pihak
Belanda kepada tempat persemadian bangsawan dan di namakan gereja St. Paul. St.
Francis Xavier telah dipelihara di dalam perkuburan terbuka pada tahun 1553
sebelum dibawa dengan kapal ke Goa, India.
No comments:
Post a Comment