Pada bulan April 1511
Alfonso de Albuquerque telah meninggalkan Goa di India dengan menaiki kapal
perangnya Flor de la Mar untuk menyerang Melaka.Beliau tiba di pelabuhan
Melaka pada 1 Julai 1511. Kedatangan beliau adalah ekoran daripada peristiwa
yang telah dialami oleh Panglima Perangnya Lopez de Sequeira semasa rombongan
tersebut yang datang ke Melaka pada 1509. Dalam peristiwa tersebut rombongan
Lopez de Sequeira telah diserang dan sebilangan askarnya ditahan oleh Bendahara
Melaka.Keadaan ini terjadi di atas hasutan pedagang-pedagang Arab dan India
yang menaruh curiga dan iri hati terhadap perdagangan yang akan dijalankan oleh
saudagar-saudagar Eropah itu. Pada 25 Julai 1511, Alfonso de Albuqueque telah
mula menyerang bandar dan pelabuhan Melaka selepas beberapa rundingan dengan
pemerintah Melaka menemui jalan buntu. Sultan Mahmud dan anakanda baginda Raja
Ahmad berserta dengan pasukan tenteranya telah bermati-matian mempertahankan
Melaka daripada serangan ganas Portugis itu. Pihak Portugis pula mempunyai
maksud yang lebih besar iaitu selain dari ingin menguasai pelabuhan yang kaya
itu mereka juga membawa misi keagamaan tersendiri iaitu meneruskan Perang Salib
ke atas orang-orang Islam seluruh dunia.
Kapal Flor de la Mar(Flower of The Sea) digunakan oleh Alfonso de Alburquerque berlayar dari Goa untuk menyerang Melaka.
Kapal Flor de la Mar tidak digunakan dan dijadikan pameran di Melaka sehingga kini.
No comments:
Post a Comment