Pada tahun 1459, Sultan Mansur
Shah (1459 – 1477) menaiki takhta. Disebabkan kedudukannya yang strategik,
Melaka menjadi sebuah pangkalan luar yang penting bagi kapal-kapal. Bagi
mengeratkan hubungan diplomatik dengan Melaka, Maharaja China telah
menganugerahkan anaknya Puteri Hang Li Po dengan tujuan untuk dikahwinkan
dengan Sultan Mansur Shah. Untuk menyambut Hang Li Po, Sultan Mansur Shah juga
menghantar Tun Perpatih Putih dengan segolongan pengiring ke negeri China untuk
mengiringnya. Hang Li Po tiba di Melaka pada tahun 1458 bersama-sama 500 orang
pengiring.
Salah satu kesan kebudayaan
yang berpunca daripada peristiwa ini ialah wujudnya kelompok kaum Peranakan,
iaitu hasil daripada perkahwinan campur di antara pendatang Cina dengan
penduduk tempatan. Kaum Peranakan ini juga dikenali sebagai orang Baba dan
Nyonya pada hari ini.
Semasa pemerintahan Sultan
Mansur Shah, empayar Melaka mencapai kemuncak kuasanya dan terdiri daripada
Semenanjung Malaysia, Singapura, dan sebahagian besar Sumatera. Pesaing utama
Melaka ialah Siam di utara dan Majapahit di selatan. Majapahit kemudiannya
tumbang pada kurun ke-15. Siam pula telah menyerang Melaka sebanyak tiga kali tetapi
kesemua cubaan serangan tersebut telah gagal.
Selepas Melaka muncul sebagai
sebuah pusat perdagangan baru menggantikan Srivijaya pada Abad ke-15, Melaka
telah berjaya mencapai kejayaan yang lebih besar kesan daripada faktor
perdagangan yang semakin berkembang pesat. Melaka telah muncul sebagai kuasa
besar di Kepulauan Tanah Melayu yang setaraf dengan kuasa besar lain seperti
Siam, Srivijaya, dan China. Melaka yang pada mulanya merupakan sebuah kerajaan
kecil telah berkembang dan mengambil alih peranan pusat perdagangan yang
dulunya dipegang oleh Srivijaya.
Kejayaan Melaka memainkan peranannya sebagai sebuah
enterport baru dapat dilihat dalam tiga bentuk iaitu bertindak sebagai penerima
atau pembeli barang-barangan, menjadi pengantara menemukan pedagang Timur dan
Barat termasuk Nusantara, dan juga bertindak sebagai penyebar barang-barangan
yang dibawa ke Melaka ke tempat lain. Walaupun Melaka merupakan warisan
Srivijaya, namun pencapaian Melaka adalah berbeza daripada Srivijaya kerana
Melaka merupakan tempat yang menjadi asas kepada pegangan yang menjadi nadi
menggerakan seluruh kegiatan pemerintahan dan rakyatnya sehingga kini.
Sultan Mansur Syah & Puteri Hang Li Po |
Tun Perpatih Putih |
No comments:
Post a Comment