Melaka
amat dikenali kerana keunikan sejarahnya. Sejarah Melaka bermula apabila Parameswara
putera raja dari Palembang telah terlibat dalam peperangan
merebut takhta kerajaan Majapahit pada akhir abad ke-14. Setelah
ditumpaskan oleh Majapahit, baginda telah lari mencari perlindungan ke Temasik
yang pada ketika itu dikuasai oleh Siam. Setelah diusir dari Temasik
oleh penjajah dari Siam, pada tahun 1396, beliau dan pengikut-pengikutnya
mengundurkan diri ke Muar dan kemudiannya ke Sungai Ujong sebelum
singgah di Bertam iaitu berdekatan dengan muara sungai Melaka.
Setelah
tiba di Bertam, baginda telah melihat anjing
perburuannya ditendang oleh seekor pelanduk putih. Baginda amat kagum
dengan keberanian pelanduk putih tersebut dan membuat keputusan untuk membuka
negeri di situ. Baginda telah bertanyakan nama
pohon tempat baginda bersandar dan pengikutnya memberitahu bahawa nama pohon
tersebut adalah pohon Melaka.
Maka baginda telah membuat keputusan untuk menamakan negerinya sempena nama
pohon tersebut.
Pilihan
Parameswara begitu tepat sekali kerana kedudukan
Melaka yang strategik. Lokasinya di tengah-tengah tebing Selat Melaka
yang menghubungkan negara China ke India dan Timur telah menjadikannya tempat
yang amat sesuai sebagai pusat perdagangan. Kedatangan pedagang-pedagang
Arab serta pedagang-pedagang dari Timur dan Barat telah menjadikan Melaka
sebagai sebuah pelabuhan entrepot yang sibuk dengan ratusan kapal yang singgah
setiap tahun. Parameswara yang telah memeluk Islam melalui seorang ulama dari Jeddah
pada tahun 1414 telah meletakkan asas kemajuan negeri Melaka sebagai
pusat perdagangan dan pengembangan agama Islam yang terulung di rantau ini.
Melaka
terus terkenal sebagai pusat perdagangan Melayu di Timur. Antara barang
dagangan yang boleh didapati di Melaka adalah
sutera dan porselin dari China, kain
dari Gujerat serta Coromandel di
India, kapur barus dari Borneo,
cendana dari Timor, buah pala dan bunga cengkih dari Molucas,
emas dan lada hitam dari Sumatera
serta timah dari Tanah Melayu.
Easy
ReplyDeleteEasy
ReplyDeleteEasy
ReplyDelete?
ReplyDelete