Sultan Mahmud Shah, Sultan terakhir
Melaka, melarikan diri ke daerah pedalaman dan menyebabkan kesukaran kepada
pihak Portugis dengan serangan sekejap-sekejap dari tanah daratan dan laut.
Akhirnya, pada tahun 1526, seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro
Mascarenhaas dihantar oleh negeri Portugal untuk memusnahkan bandar Bentan yang
melindungi Sultan Mahmud. Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri melintasi Selat
Melaka ke Kampar, Sumatera di mana beliau mangkat dua tahun kemudian. St.
Francis Xavier, seorang mubaligh Jesuit, tinggal di Melaka selama beberapa
bulan pada tahun 1545, 1546 dan 1549 kerana hendak menjadikan Melaka sebagai
pusat operasinya di Timur.
Pihak Belanda menyerahkan Melaka kepada pihak British mengikut Perjanjian British-Belanda pada tahun 1824. Dari 1826 hingga 1867, Melaka diperintah oleh Syarikat Hindia-Timur British(British East India Company), dan kemudiannya menjadi sebuah tanah jajahan British. Ia menjadi sebahagian Petempatan Selat(Straits Settlement), bersama-sama dengan Singapura dan Pulau Pinang pada tahun 1946. Selepas pembubaran tanah jajahan, Melaka dan Pulau Pinang menjadi sebahagian Malayan Union yang kemudiannya menjadi Malaysia.
Pada
tahun 1641, pihak Belanda menakluk Melaka dengan penewasan pihak Portugis
melalui bantuan Sultan Johor. Walau bagaimanapun, pihak Belanda tidak berminat
menjadikan Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan di antara Timur dan Barat
tetapi mereka lebih mementingkan pembangunan Batavia (Jakarta) di Indonesia
sebagai pusat pentadbiran mereka. Fort A' Formosa: Perobohan oleh pihak British
dihentikan oleh Sir Stamford Raffles pada 1808 sewaktu beliau singgah di
Melaka. Apa yang tinggal dipelihara sehingga hari ini.
Pihak Belanda menyerahkan Melaka kepada pihak British mengikut Perjanjian British-Belanda pada tahun 1824. Dari 1826 hingga 1867, Melaka diperintah oleh Syarikat Hindia-Timur British(British East India Company), dan kemudiannya menjadi sebuah tanah jajahan British. Ia menjadi sebahagian Petempatan Selat(Straits Settlement), bersama-sama dengan Singapura dan Pulau Pinang pada tahun 1946. Selepas pembubaran tanah jajahan, Melaka dan Pulau Pinang menjadi sebahagian Malayan Union yang kemudiannya menjadi Malaysia.
Melaka diisytiharkan sebagai "Bandaraya
Bersejarah" pada 15 April 1989.
thank you for the help
ReplyDeleteterima kasih kerana membantu